Ucapan terima kasih dalam bahasa Jepun yang ‘special’

Mina-san (anda semua), Ogenki desuka (apa khabar)? Untuk pengetahuan anda, sebenarnya terdapat ucapan terima kasih dalam bahasa Jepun selain daripada ‘arigatou gozai-masu’. Dan anda mungkin telah maklum, terdapat pelbagai perkataan atau frasa yang maksudnya merangkumi skop yang meluas di dalam nihongo. Antaranya ialah seperti yang pernah saya wacanakan dalam entri-entri saya yang lalu, iaitu ungkapan […]

Perkataan Bahasa Jepun KAIZEN : Jom buat penambahbaikan !

Topik kita pada kali ini adalah berkenaan dengan perkataan bahasa Jepun Kaizen. Saya percaya ramai di antara anda selalu mendengar perkataan Kaizen ini, kerana ia juga telah digunapakai secara global. Apatah lagi buat mereka yang bekerja di nihon-gaisha (syarikat Jepun), Kaizen sangat diutamakan, dan kebanyakan kaisha (syarikat) ada menyentuh tentang Kaizen di dalam core value […]

Penggunaan perkataan ‘kudasai’ dalam bahasa Jepun

Ogenki desuka (apa khabar)? Masih ingat lagi tak dalam entri yang sebelum-sebelum  ini, saya utarakan tentang topik  ‘Yoroshiku Onegai Shimasu’, di mana ia tidak mempunyai maksud yang spesifik, tetapi membawa pengertian mendalam sebagai ‘tolong dan terima kasih’ pada masa yang sama, dan ia juga bergantung kepada situasi. Yoroshiku onegai shimasu juga boleh kita ungkapkan sebagai […]

Aku, aki, kouyou dan momiji 🍁

10 gatsu, nihon wa aki desu. (bulan Oktober, musim luruh di Jepun). Aki wa kirei na kisetsu desu (Musim luruh adalah musim yang cantik). Bukan sahaja  merupakan satu musim yang  cantik, yang berwarna-warni, ada banyak perkara yang kita boleh belajar daripada musim luruh ini. Bagi negara bermusim seperti Nihon, aturan musim adalah bermula daripada Haru […]

Tulisan Kanji untuk ‘besar’

Kali ini saya mahu menulis tentang ‘Oo~’.  Oo tte nan desu ka?( Apa kah ‘Oo~’ ini?). Sepertimana yang tertera di dalam gambar di atas, ‘Oo’ adalah salah satu bacaan kunyomi untuk karakter kanji ‘ 大 ‘, yang membawa maksud ‘besar’ (large / big).  Kita dapat lihat bahawa Onyomi  (bacaan On) bagi kanji ‘ 大 ‘ […]

Tolong ya… Terima kasih ya…

Ogenki desuka (apa khabar)? Dalam entri yang sebelum ini, saya utarakan tentang frasa maaf. Kali ini, saya ingin pula ceritakan tentang satu lagi frasa yang setiap hari kita boleh dengar orang Jepun menuturkannya, iaitu ‘yoroshiku onegai-shimasu’. Frasa bahasa Jepun ini boleh dikatakan unik kerana ia tidak mempunyai makna yang spesifik. Secara umumnya, ia memberi pengertian […]