3 kaedah utama belajar bahasa Jepun

Mina-san,
Untuk kali ini saya akan berkongsi 3 kaedah utama dan selalu dilakukan oleh kebanyakan pelajar untuk belajar bahasa Jepun.
1. BELAJAR SENDIRI
Kaedah pertama ialah belajar secara sendiri. Ini boleh dilakukan dengan membeli buku bahasa Jepun dan membaca serta cuba untuk memahami buku tersebut. Kaedah ini adalah kaedah yang paling murah dan sesiapa sahaja boleh melakukannnya.
Walaubagaimanapun kaedah ini tidak disyorkan kepada pelajar yang kurang semangat atau kurang motivasi untuk meneneruskan pembelajaran bahasa Jepun. Dikhuatiri akan berputus asa di tengah jalan kerana kekurangan dorongan dari persekitaran.
2. BELAJAR SECARA ONLINE
Belajar secara online memerlukan anda berinteraksi dengan tenaga pengajar bahasa Jepun (Sensei) melalui komputer, tablet ataupun smart phone anda.
Walaupun anda berada jauh daripada Sensei, anda masih boleh berinteraksi dengannya melalui kaedah ini. Kaedah ini sangat sesuai kepada sesiapa yang mahu belajar bahasa Jepun tetapi menghadapi kesukaran dari segi jarak untuk ke kelas.
3. BELAJAR DI KELAS
Cara ini adalah cara yang sangat berkesan dan anda akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Jepun anda dengan pantas dan berkesan. Ini adalah kerana Sensei akan menerangkan sesuatu pembelajaran secara lebih mendalam. Dalam masa yang sama juga, jika pelajar menghadapi kesukaran dalam pembelajaran tersebut, Sensei boleh merungkaikan permasalahan tersebut di masa itu juga.
Cuma dari segi kosnya, cara ini lebih mahal sedikit berbanding dengan cara-cara yang lain. Ini kerana bukan sahaja pelajar perlu membayar yuran kepada Sensei, tetapi Sensei juga perlu membayar untuk sewa bilik darjah dan juga peralatan-peralatan di situ.
Boleh kongsi dengan saya kaedah apa yang selalu anda semua gunakan untuk belajar bahasa Jepun?
P/S : Jika anda berminat untuk belajar secara dalam kelas, boleh hujungi Azlan Sensei di www.azlansensei.com (ada cara nak hubungi Azlan Sensei di penghujung website tersebut)

About the author: Azlan Sensei - Bahasa Jepun Professional

I am helping working adults learning Japanese Language even though they might be thinking that it's already too late for them to learn this beautiful language