3 kaedah utama memahirkan bahasa Jepun anda

Apa khabar semua?

Hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua 3 kaedah atau pun cara untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Jepun anda. Sebenarnya terdapat pelbagai keadah yang boleh diamalkan, tetapi berdasarkan pengalaman saya, inilah 3 cara yang paling berkesan yang patut diamalkan oleh pelajar-pelajar bahasa Jepun.

15 kelebihan jika anda boleh berbahasa Jepun

Kaedah pertama ialah berkenaan dengan persekitaran. Jika anda mempelajari bahasa Jepun, anda perlu ‘memasukkan’ diri anda di dalam persekitaran bahasa Jepun. Sebagai contoh, anda perlu bergaul dengan orang Jepun, perlu mendengar radio dalam bahasa Jepun, perlu sentiasa membaca buku dalam bahasa Jepun dan sebagainya.

Kaedah kedua ialah anda perlu berfikir dalam bahasa Jepun. Maksudnya di sini, anda perlu berfikir dalam bahasa Jepun secara langsung berkenaan perkataan, tatabahasa serta penggunaan ayat. Tidak digalakkan untuk berfikir dalam bahasa anda sendiri, kemudian baru tukar ke bahasa Jepun. Untuk permulaan memang susah untuk mengamalkan cara ini, tetapi percayalah bahawa ianya amat berkesan.

4 sebab tidak digalakkan belajar bersendirian

Kaedah ketiga dan yang paling penting ialah anda mesti mempraktikkan bahasa Jepun anda sepanjang masa. Tiada gunanya jika anda mempunyai ilmu bahasa Jepun yang banyak tetapi tidak mempraktiknya kerana pembelajaran bahasa memerlukan pengamalan bahasa tersebut.

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. Kita jumpa lagi di masa yang akan datang.

P/S : Sila kongsikan tips ini dengan kawan-kawan, supaya mereka juga bakal mendapat manfaat daripada secebis ilmu ini.

Daripada : Cikgu Bahasa Jepun – Azlan Sensei

Anda mahu belajar bahasa Jepun secara santai tetapi efektif?

Sila klik di sini » kelas bahasa Jepun

About the author: Azlan Sensei - Bahasa Jepun Professional

I am helping working adults learning Japanese Language even though they might be thinking that it's already too late for them to learn this beautiful language