4 sebab tidak digalakkan belajar bahasa Jepun secara bersendirian

Mina-san,

Kekadang, kekangan masa dan duit menyebabkan perasaan seseorang untuk belajar bahasa Jepun terbantut. Contohnya seperti seseorang yang bekerja, mempunyai waktu yang terhad untuk belajar bahasa Jepun. Ataupun seseorang yang belum mempunyai kerja, akan menghadapi kesukaran jika perlu membayar yuran kelas bahasa Jepun dan sebagainya.

15 kelebihan jika anda boleh berbahasa Jepun

Disebabkan oleh faktor-faktor di atas, ramai yang memilih kaedah belajar secara sendirian. Memang tidak dinafikan kaedah ini memang boleh menjimatkan kos, tetapi perlu diingat juga 4 perkara di bawah ini.

1. TERSALAH PEMAHAMAN

Ada ketikanya, ketika seseorang belajar bahasa Jepun, mereka menghadapi keadaan susah untuk memahami perkataan ataupun maksud ayat bahasa Jepun. Jika tidak mempunyai Sensei untuk menerangkan tentang makna yang sebenar, dikhuatiri boleh menyebabkan tersilap pemahanan terhadap perkataan atau ayat tersebut.

Seperti contoh, perkataan ‘hima’ dalam bahasa Jepun mempunyai maksud ‘free’. Tetapi harus diingat, ‘free’ di sini bermaksud mempunyai masa terluang, bukannya barang percuma

2. LAMBAT UNTUK KUASAI BAHASA JEPUN

Perlu diingatkan juga, belajar sendiri memerlukan anda membaca, menghafal dan memahami tatabahasa Jepun berseorangan. Dan jika anda perlu membuat ketiga-tiga perkara di atas, ianya tentu memakan masa jika dibandingkan dengan belajar dengan sensei. Kerana sensei mempunyai kaedah-kaedah tertentu dari segi cara untuk menghafal dan memahami tatabahasa Jepun dengan lebih efektif.

Ada sesetengah perkara di dalam dunia ‘bahasa Jepun’ yang hanya boleh diperolehi berdasarkan pengalaman; seperti cara mengajar dan cara terbaik membuat praktikal. Dan kebanyakan sensei mempunyai pengalaman tersebut.

3. MUDAH BERPUTUS ASA

Bayangkan jika anda membuat sesuatu secara berterusan bersendirian, dan anda melalui sesuatu yang susah untuk diharungi, apakah pilihan anda? Anda mungkin akan meneruskan perkara tersebut, ataupun anda mungkin ada berhenti terus.

Inilah yang mungkin akan berlaku jika anda belajar bersendirian. Disebabkan tiada faktor luaran yang boleh memberikan anda semangat untuk meneruskan pembelajaran bahasa Jepun, momentom untuk anda belajar mungkin akan berkurangan sedikit demi sedikit.

4. TIADA SIAPA AKAN BETULKAN JIKA TERSILAP

Bahasa Jepun bukanlah sesuatu yang senang. Ianya memerlukan ketelitian dari segi pemahaman tatabahasa, struktur ayat dan tulisan itu sendiri. Terutamanya dari segi tatabahasa, banyak peraturan yang tidak sama dengan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Seperti contoh, ‘saya makan nasi’ akan ditulis sebagai ‘saya nasi makan’ dalam bahasa Jepun. Oleh itu, jika anda membuat ayat secara pemahamam anda sahaja, anda akan berterusan berada di dalam kesilapan kerana tiada siapa yang akan menegur anda tentang kesilapan tersebut.

Watashi (saya) wa gohan (nasi) wo tabemasu (makan).

Klik di sini untuk ‘Pengenalan Kepada Tulisan Jepun’

Kesimpulannya, jika anda mempunya masa dan kemampuan untuk ‘berguru’, adalah lebih baik untuk anda mencari sensei yang boleh membimbing anda. Saya (Azlan Sensei) juga boleh membantu anda untuk belajar bahasa Jepun jika khidmat saya diperlukan.

Apa lagi, jom belajar bahasa Jepun sekarang juga !

Sila klik di link kanan ini untuk maklumat lanjut berkenaan kelas bahasa Jepun saya » www.azlansensei.com

About the author: Azlan Sensei - Japanese Language Professional

I am helping working adults learning Japanese Language even though they might be thinking that it's already too late for them to learn this beautiful language