BAHASA JEPUN : DEMI MASA, WAKTU DAN KETIKA

Kali ini saya mahu bicara santai tentang masa. Di dalam nihongo (bahasa Jepun), masa disebut sebagai ‘jikan’, di mana ia adalah gabungan di antara karekter kanji ‘ji’ (時)dan ‘kan’(間). Jika kita lihat pada maksud bagi setiap karakter itu, ‘ji’ bermaksud ‘masa/ketika’, dan ‘kan’ bermaksud ‘ruang’. Dan, daripada perkataan ‘jikan’ ini, ada beberapa lagi perkataan lain yang kita boleh kaitkan penggunaannya dengan masa. Mari kita lihat beberapa contohnya ya.


(1) Pukul Berapa
Dalam nihongo, pukul berapa disebut sebagai ‘nan ji’. Macam-macam kita boleh buat ayat daripada perkataan ‘nan ji’ ini.
 Ima nan ji desu ka? (Sekarang pukul berapa?)
 Nan ji ni ikimasu ka? (Pukul berapa pergi?)
 Nan ji ni kaerimasu ka? (Pukul berapa pulang?)
 Kaigi wa nan ji desu ka? (Mesyuarat pukul berapa?)
 Nan ji kara hajimarimasu ka? (Mula dari pukul berapa?)
 Kare wa nan ji ni kimasu ka? (Pukul berapa dia akan datang?)
 Nan ji no eiga wo mimasu ka? (Menonton wayang pukul berapa?)
 Mise wa nan ji kara eigyou wo shimasu ka? (Kedai beroperasi dari pukul berapa?)
 Jugyou wa nan ji kara nan ji made desu ka? (Kelas/kuliah dari pukul berapa hingga pukul berapa?)
 Dorama wa nan ji ni owarimasu ka? (Drama habis pukul berapa?)
 Hikouki wa nan ji ni shuppatsu shimasu ka? (Kapal terbang berlepas pada pukul berapa?)

(2) Berapa Lama / Berapa Jam
Jika pukul berapa ialah ‘nan ji’, berapa lama pula disebut sebagai ‘nan jikan’. Contoh penggunaan ayat daripada perkataan ‘nan jikan’ adalah seperti berikut :
 Bangi kara Marakka made, nan jikan kakarimasu ka? (Dari Bangi hingga Melaka, mengambil masa berapa lama/ berapa jam?)
 Kono sentakki no taima- wa nan jikan ni setto sureba ii desu ka? (Pemasa untuk mesin basuh ini, bagus di set untuk berapa jam?)
 Sensei, haha no shujutsu wa nan jikan kakarimashita ka? (Doktor, pembedahan ibu saya telah memakan masa berapa lama?)
 Kuruma de Kuara Runpu-ru kara Penan made yon jikan gurai kakarimasu ga, hikouki de san-juu-go-hun dake desu. (Dengan kereta, dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang memakan masa lebih kurang empat jam tetapi dengan kapal terbang, 35 minit sahaja).
 Mareeshia kara Nihon made nan jikan desu ka? (Dari Malaysia ke Jepun berapa jam?)
 Kono yakiniku wa totemo yawarakai desu. Nan jikan yakimashita ka? (Daging bakar ini sangat lembut. Berapa jam awak membakarnya?)

Perhatikan di sini, perkataan ‘kakarimasu’ digunakan dalam sesetengah ayat, di mana maksudnya ialah ‘ambil’. Jika digunakan dengan ‘jikan’, ia akan membawa pengertian ‘mengambil masa /memakan masa’.

(3) Ada Masa Tak?
Soalan begini selalu kita tanyakan apabila kita mahukan masa daripada seseorang, bukan? Dalam nihongo, kita sebutnya sebagai ‘jikan ga arimasu ka?’.
 Chotto jikan ga arimasu ka? (Awak ada masa sekejap tak?)
 Konya jikan ga arimasu ka? Badominton wo shimashou! (Malam ni awak ada masa tak? Jom main badminton!)


Walaubagaimana pun, ‘jikan arimasu ka’ ini kita gunakan ketika bercakap dengan ahli keluarga terdekat ataupun kawan rapat. Jika kita bercakap dengan orang yang lebih berumur atau berpangkat lebih tinggi, perkataan ‘aite-imasuka’ digunakan untuk menggantikan ‘jikan arimasu ka’, sebagai tanda hormat. Jadi, ayatnya akan menjadi seperti ini:
 Chotto aite-imasu ka? (Awak ada masa sekejap tak?)
 Konya aite-imasu ka? Badominton shimashou! (Malam ni awak ada masa tak? Jom main badminton!)

(4) Tiada Masa
Kalau kita nak menolak sesuatu pelawaan disebabkan kita tiada masa, kita sebutnya sebagai ‘jikan ga arimasen’ (tiada masa).
 Sumimasen, jikan ga arimasen. (Maafkan saya, saya tiada masa).
 Badominton wo yaritai desu ga, konya jikan ga arimasen . (Saya mahu bermain badminton tapi saya tiada masa malam ini)

Walaubagaimana pun, seperti ‘jikan arimasu ka’, ‘jikan arimasen’ ini juga digunakan ketika bercakap dengan ahli keluarga terdekat ataupun kawan rapat. Jika kita bercakap dengan orang yang lebih berumur atau berpangkat lebih tinggi, perkataan ‘aite-imasen’ digunakan untuk menggantikan ‘jikan arimasen, sebagai tanda hormat. Sama seperti di dalam nombor (3) di atas, ayatnya akan menjadi begini :
 Sumimasen, aite-imasen. (Maafkan saya, saya tiada masa).
 Badominton wo yaritai desu ga, aite-imasen . (Saya mahu bermain badminton tapi saya tiada masa malam ini)

(5) Dari Segi Masa
Kebiasaannya, di tempat kerja, jika kita bercakap tentang sesuatu yang melibatkan masa, contohnya ketika membuat keikaku (perancangan) atau ketika membuat jadual untuk audit dalaman, akan timbul situasi di mana dari segi masa, sesuatu itu agak sukar untuk dilaksanakan. Dalam nihongo, ‘dari segi masa’ ini disebut sebagai ‘jikanteki’. Mari kita lihat beberapa contoh yang berkait dengan ‘jikanteki’.
 Kono keikaku wa jikanteki ni dame desu (Perancangan ini, dari segi masa, tak betul).
 Jimushitsu ni kansa wo sureba, jikanteki ni asa wa ichiban ii desu. (Jika mahu audit di pejabat, dari segi masa, pagi adalah yang paling baik)
 Kono shuu wo miru to, renkyuu desu. Seihin no shukka wa jikanteki ni chotto dame desu ne. (Jika lihat pada minggu yang ini, ianya cuti bersambung. Dari segi masa, tak berapa sesuai untuk penghantaran produk).
Perhatikan bahawa partikel ‘ni’ digunakan untuk menyambung ayat yang menggunakan ‘jikanteki’.

Itulah serba sedikit apa yang kita perlu tahu tentang ‘jikan’. Jika di dalam bahasa kita ada pepatah ‘masa itu emas’, dalam nihongo juga ada pepatah yang seakan sama, iaitu ‘toki wa kane nari’ (masa itu wang / time is money). Walaupun tidak menggunakan istilah emas, wang juga adalah sesuatu yang berharga di dalam kehidupan, bukan? Kata orang, wang bukan segalanya tapi segalanya memerlukan wang. Tapi kita harus ingat ya, masa tak memerlukan wang kerana masa tak boleh dibeli, lebih-lebih lagi masa yang telah berlalu.


Saya harap anda telah belajar sesuatu mahupun mendapat pengetahuan yang baru di dalam nihongo melalui perkongsian saya ini. Jika mahu belajar lagi dengan lebih mendalam dan bersistem, sila layari laman sesawang saya ini , okay! Yoroshiku onegai shimasu ~
Sekian sahaja topik santai kita untuk kali ini. Genki de, mata ne~ (Ceria selalu, sehingga berjumpa lagi~ ).

About the author: AzlanSensei ™

Keadah pembelajaran bahasa Jepun yang dibuat khas untuk pelajar dewasa dengan menggunakan kaedah unik yang dinamakan sebagai ASSIIM (Azlan Sensei Special Indirect & Integrated Method)