BAHASA JEPUN : KENANGAN SILAM

Apa yang telah berlaku di zaman muda kita, ianya tak akan dapat diputar dan tak akan dapat dikembalikan semula. Jika ada cinta mahupun kasih sayang, jangan biarkan ia dibenci. Hihihi.. ! Tiba-tiba jadi jiwang pula kali ni 🙂

Dalam perkongsian ilmu kali ini, jom kita berjiwang sambil belajar bahasa Jepun.

Ogenki desuka (apa khabar)? Watashi wa genki desu (saya sihat). Tapi begitu lah, sihat mengikut keadaan umur. Kata orang, semakin hari umur kita semakin bertambah tetapi kesihatan kita semakin berkurang. Harap-harapnya kita semua sentiasa sihat dan cergas dalam melakukan rutin harian, juga dipermudahkan segala urusan. Minna no kenkou wo inorimasu (saya doakan kesihatan anda semua).

Toshi wo toru to (apabila umur semakin meningkat), ada kalanya kita terkenang kembali tentang omoide (kenangan) ketika waka-i jidai (zaman muda) ataupun kodomo no jidai (zaman kanak- kanak), kan? Pastinya setiap daripada kita ada banyak kisah suka dan duka ketika di zaman itu. Ada yang masih segar di ingatan, ada yang samar-samar, dan ada yang telah hilang ditelan zaman.

Tama ni wa kodomo jidai to waka-i jidai ni modoritai desu ne (kadang kala kita ingin kembali ke zaman kanak-kanak dan zaman muda, kan?). Jikan wo modosu koto ga dekireba (seandainya masa dapat diputar), saya rasa banyak perkara yang ingin kita buat mahupun perbetulkan.  

Dalam list di bawah yang banyak-banyak ni, mana satu yang berkaitan dengan anda ?

1. Kichinto nihongo no benkyou wo shi-tai desu (mahu belajar bahasa Jepun betul-betul)

2. Oya ga itta koto wo yoku kiki-masu (mahu dengar dengan baik apa yang ibu bapa cakapkan)

sila klik di sini >>> www.azlansensei-e-learning.com/p/kelas-jepun-online

3. Katte-na koto wo shi-masen (tidak buat perkara sembarangan)

4. Hatsukoi no hito to ai-tai desu (ingin berjumpa dengan orang yang menjadi cinta pertama)

5. Sensei-tachi to ai-tai desu (ingin berjumpa dengan cikgu-cikgu)

6. Okane wo muda ni tsukaimasen (tidak membazirkan wang)

7. Okane wo tamete, iro-iro na tokoro ni ryokou wo shitai desu (kumpul duit, dan pergi melancong ke banyak tempat)

8. Kenkou-teki-na raifu wo sugoshi-tai desu (mahu hidup dengan gaya hidup sihat)

9. Takusan no gen-go wo narai-tai desu (mahu belajar banyak bahasa)

10. Gaikoku ni sumu taiken wo shi-tai desu (mahu ada pengalaman tinggal di luar negara )

11. Shitate wo narai-tai desu (mahu belajar menjahit)

12. Ryouri wo narai-tai desu (mahu belajar memasak)

13. Daigaku no senmon wo kae-tai desu (mahu menukar jurusan di universiti)

14. Unten menkyou wo tori-tai desu (mahu mengambil lesen memandu)

15. Gakkou de ijime wo shi-nai koto desu (tidak membuli di sekolah)

16. Kyoudai to oo-genka wo shi-nai koto desu (tidak bergaduh besar dengan adik-beradik)

17. Kyuuka no toki ni inaka ni kaette, ryoushin to ai-masu (balik kampung ketika cuti, berjumpa dengan ibu bapa)

18. Ryoushin no mendou wo chanto mi-masu (menjaga urusan/keperluan ibu bapa dengan baik)

19. Kodomo wo chanto sodate-masu (membesarkan anak dengan baik)

20. Takusan no jizen katsudou wo shi-tai desu (membuat kerja-kerja amal dengan banyak)

Shinjitsu wa, mukashi no jikan ga ni-do to kimasen (hakikatnya, masa yang telah berlalu tidak akan datang untuk kedua kalinya). Jika sesalan datang menyapa di hati, apa yang boleh kita buat ialah samada bermula semula (sai-do), perbetulkan (risetto) ataupun lupakan (wasure-ru koto) sahaja .

Ketika kita masih muda, banyak perkara yang kita lakukan dan pelajari.  Apa sahaja impaknya, kita dapat melihat dan merasakannya apabila usia kita meningkat, tak kira impak terhadap diri sendiri atau orang lain atau persekitaran kita. 

Oleh itu

Donna omoide (kenangan yang bagaimana) yang anda bawa bersama dalam kehidupan anda hingga kini? 

sila klik di sini >>> www.azlansensei.com/e-book-bahasa-jepun-percuma

Adakah ianya membantu meningkatkan taraf kehidupan anda? 

Ataupun, adakah ianya kenangan manis (ii omoide) ataupun kenangan yang kurang manis (amari yokunai omoide)? 

Tak lupa juga, adakah anda masih dihantui dengan kenangan silam (mukashi no omoide) yang anda tidak mahu mengingatinya lagi? 

Adakah anda sentiasa menceritakan pengalaman di zaman muda anda kepada anak-anak (kodomo) anda, atau kepada mereka yang lebih muda (jibun yori wakai)?

Kesimpulannya

Zaman muda sememangnya meninggalkan banyak omoide (kenangan), samada kenangan pahit ataupun kenangan manis. 

Ada kenangan yang dilupakan walaupun kita tidak pernah cuba untuk melupakannya.

Terdapat kenangan yang kekal walaupun kita tidak pernah cuba untuk mengingatinya.

Juga, ada kenangan yang tersimpan dan cuba untuk dipulihkan.

Malah,ada yang diubah semula sebagai langkah pembetulan.

Tak kira yang mana satu, usah biarkan kenangan yang pahit menghantui kehidupan kita sekarang. Cuba kenangkan yang baik-baik sahaja lah ya, supaya kehidupan kita juga sentiasa dikelilingi oleh perkara yang baik.

Sekian sahaja topik kita untuk kali ini. Diharapkan anda telah belajar sesuatu yang baru. Maaf (sumimasen ne) seandainya ada yang mengusik rasa mahupun melontar fikiran anda ke destinasi yang anda sahaja yang tahu.

Jika mahu belajar membuat ayat bahasa Jepun seperti yang tertulis di dalam artikel ni, sila join kelas bahasa Jepun secara online saya ini, di mana anda akan belajar secara lebih mendalam, bersilibus, berjadual dan bersistem berkaitan dengan bahasa negara matahari terbit ini

Genki de, mata ne~ (Ceria selalu, sehingga berjumpa lagi~ ). 

www.azlansensei.com

About the author: AzlanSensei ™

Keadah pembelajaran bahasa Jepun yang dibuat khas untuk pelajar dewasa dengan menggunakan kaedah unik yang dinamakan sebagai ASSIIM (Azlan Sensei Special Indirect & Integrated Method)