BAHASA JEPUN YANG SELALU DI GUNAKAN DI TEMPAT KERJA

RUTIN BEKERJA SEHARIAN

Mina-san (anda semua),
Ogenki desuka (apa khabar)? Dalam kehidupan kita, pastinya kita ada tuntutan rutin seharian. Mahu tak mahu, atau suka tak suka, kita lakukan tugasan itu kerana ia mungkin sebahagian daripada rezeki kita atau melunaskan apa yang diperlukan oleh orang lain, tidak kiralah keperluan keluarga mahupun orang sekeliling.


Bagi anda yang bekerja juga, rutin bekerja seharian tetap ada dan harus dipatuhi. Dalam nihongo (bahasa Jepun) , ada beberapa perkataan yang membawa maksud rutin, iaitu :

  1. ru-chin (ルーチン) … loan word dari perkataan eigo (bahasa inggeris) ‘routine’.
  2. zatsumu (ざつむ) … kerja rutin / tugasan. Perkataan ini khas untuk tugasan di tempat kerja.
  3. nichijou-teki (にちじょうてき) … kerja/tugas seharian

Sebagaimana yang kita tahu, ada pelbagai rutin dan ragam dalam dunia pekerjaan. Walaupun berada dalam profesion atau bidang kerja yang sama, skop kerja dan tanggungjawab yang harus dipikul bagi setiap individu kadang-kadang tidak sama. Mengambil kira situasi dan contoh secara umum, mari kita lihat rutin bekerja seharian.

Pergi Bekerja
Ada beberapa perkataan yang boleh kita gunakan untuk menggambarkan istilah ‘pergi bekerja’, iaitu :
• Shigoto ni ikimasu (pergi bekerja)
… mai asa shichi ji ni shigoto ni ikimasu (setiap pagi jam tujuh , saya pergi bekerja)
• Ie wo demasu (keluar dari rumah)
… mai asa shichi ji ni ie wo demasu (setiap pagi jam tujuh, saya keluar dari rumah)
• syukkin shimasu (keluar bekerja)
… mai asa shichi ji ni shukkin shimasu (setiap pagi jam tujuh, saya keluar bekerja)

Sampai Di Tempat Kerja
Dalam nihongo, perkataan ‘sampai’ disebut sebagai ‘touchaku shimasu’.
• Asa shichi ji goro jimusho ni touchaku shimasu. (Lebih kurang jam tujuh pagi saya sampai di pejabat)
• Jimusho ni touchaku shitara, syokuduo ni ikimasu (Selepas sampai di pejabat, saya ke kantin).


Di Tempat Kerja
Tidak dinafikan, ada pelbagai aktiviti yang berlaku di tempat kerja. Mari kita lihat dari pelbagai aspek pekerjaan, ya.
• Kopi- wo san-bu onegai shimasu (tolong buat tiga salinan photostat)
• Kyou no kaigi wa nan-ji desu ka? (mesyuarat hari ini jam berapa?)
• Kono kikai wa itsu kara kowaremashita ka? (mesin ini, sejak bila ia rosak?)
• Shorui no tana wo katadsukemashou (mari kita kemas almari dokumen ini)
• Kyou, zangyou shimasu ka? (hari ini awak kerja lebih masa ke?)
• Atsui desu ne. Eakon ga kowaremashita ka? (Panas, kan. Penghawa dingin rosak ke?)
• Kyuukei jikan ni ko-hi- wo nomitai desu (saya rasa mahu minum kopi di waktu rehat nanti)
• Repo-to wa itsu kansei suru koto ga dekimasu ka? (bila awak boleh siapkan report?)
• Kagaku busshitsu wa abunai desu. Hogogu wo tsukawanai to ikemasen. (Bahan kimia adalah merbahaya. Kita mesti menggunakan alatan perlindungan)
• Okyaku-san kara no e-me-ru wo yomimashita ka? (sudah baca emel dari pelanggan?)
• Atsumatte kudasai. Chotto ohanashi ga arimasu. (Sila berkumpul. Saya ada sedikit untuk diperkatakan)
• Kopi-ki no tsugi no mentenansu wa itsu desu ka? (bilakah penyelenggaraan yang seterusnya untuk mesin fotostat ini?)
• Chotto toire he ikimasu (saya ke tandas sebentar)
• Kotoshi no naibu kansa wa itsu desu ka? (bilakah audit dalaman untuk tahun ini?)
• Kongetsu no hacchuu wa takusan arimasu (order untuk bulan ini sangat banyak)
• Gyousha ni shiharai wo shimashita ka? (sudahkan bayaran dibuat kepada pembekal?)
• Kono keisan no houshiki wo oshiete kudasai (sila ajar saya bagaimana formula untuk pengiraan ini)
• Raishuu no ka you bi ni kyuuka wo toritai to omoimasu (saya bercadang untuk mengambil cuti pada hari selasa minggu depan)
• Raishuu watashi wa shigoto ni demasu (minggu depan saya masuk kerja)
• Genba ni iku toki, anzen-gutsu wo hakanai to ikemasen (ketika ke lapangan, kita mesti memakai kasut keselamatan)
• Naisen bangou wa nan ban desu ka? (berapakah nombor talian dalaman?)
• Ashita no kaigi no naiyou wo junbi shite kudasai. (sila sediakan kandungan untuk mesyuarat esok).

sila klik di sini >>> www.azlansensei-e-learning.com/p/kelas-jepun-online

Sebelum Pulang Bekerja
Sudah menjadi kelaziman, ramai yang tidak sabar untuk pulang apabila tamatnya waktu bekerja. Untuk lebih memudahkan urusan pekerjaan kita,
• Kaeru mae ni, tsukue wo katadsukemashou (mari kita kemas meja sebelum pulang)
• Ashita no shigoto no keikaku wo techou ni kakimasu (menulis perancangan untuk kerja esok di dalam diari/nota)

Itulah serba sedikit perkongsian dari saya tentang entri pada kali ini. Kita seharusnya sentiasa positif dan cergas ketika menjalankan rutin kerja seharian, supaya yang kita lakukan menjadi mudah dan mungkin juga memudahkan bagi orang lain. Ada beberapa amalan yang baik yang boleh kita amalkan, seperti :

Di sesetengah nihon-gaisha (syarikat Jepun), ada yang mengamalkan rajio taisou (senaman radio … bersenam sambil mengikut rentak senaman melalui radio) sebelum memulakan kerja. Semua kakitangan akan bersenam pada masa yang telah ditetapkan. Rajio taisou adalah satu senaman ringan tetapi menyegarkan badan dan mengaktifkan minda. Oh ya, bagi mereka yang parkir kenderaan di dalam jarak yang memerlukan anda berjalan untuk satu ketika sehingga sampai di kawasan anda bekerja, ianya juga satu senaman tau. Tidakkah itu satu merit?

Saya harap anda telah belajar sesuatu mahupun mendapat pengetahuan yang baru di dalam nihongo melalui perkongsian saya ini. Jika mahu belajar lagi dengan lebih mendalam dan bersistem, sila layari laman sesawang saya ini , okay! Yoroshiku onegai shimasu ~

Sekian sahaja topik santai kita untuk kali ini. Genki de, mata ne~ (Ceria selalu, sehingga berjumpa lagi~ ).

About the author: AzlanSensei ™

Keadah pembelajaran bahasa Jepun yang dibuat khas untuk pelajar dewasa dengan menggunakan kaedah unik yang dinamakan sebagai ASSIIM (Azlan Sensei Special Indirect & Integrated Method)