Berbaloikah pembelajaran bahasa Jepun yang berbayar dibandingkan dengan yang percuma?

Saya dahulu adalah penyokong tegar ‘sesuatu’ yang percuma. Saya sering meyakinkan diri sendiri yang ‘benda boleh percuma, buat apa nak bayar’. Tapi itu adalah pemikiran saya yang dahulu, sekarang ini saya lebih prefer sesuatu yang berbayar. Malah boleh dikatakan berubah sebanyak 180 darjah, setelah sekian lama saya berkecimpung dalam aktiviti memberi tunjuk ajar berkenaan bahasa Jepun kepada para pelajar saya.

Pemikiran yang sama sememangnya boleh digunapakai di dalam pembelajaran bahasa Jepun. Anda mungkin terfikir…

KENAPA?

  1. Psikologi manusia adalah lebih ‘menghargai’ sesuatu yang berbayar. Lebih mahal sesuatu itu, lebih kita menghargainya. Sebagai contoh bayangkan anda mendapat ilmu bahasa Jepun percuma daripada saya, adakah anda study ‘separuh mati’ ataupun ‘takpelah, bukannya kena bayar pun’. Apa pula yang anda terfikir jika anda terpaksa menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan ilmu tersebut?
  2. Sesuatu yang berbayar mempunyai kualiti yang lebih tinggi. Contohnya : anda mendapat sebuah buku bahasa Jepun yang boleh didapati secara percuma dan sebuah lagi buku memerlukan anda membayar sebanyak rm450 untuk mendapatkannya. Anda rasa mana satu kah yang lebih berkualiti?
  3. Dalam kes pembelajaran bahasa Jepun, kebiasaannya students akan lebih cepat belajar daripada pembelajaran yang berbayar jika dibandingkan dengan pembelajaran secara percuma disebabkan ‘komitmen kewangan’ yang telah dilaburkan untuk pembelajaran tersebut. Apa pendapat anda?

Ya, saya tahu bahawa bukan semua orang mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk belajar bahasa Jepun secara berbayar. Oleh sebab itulah saya ada share ilmu bahasa Jepun di facebook saya secara percuma (setiap hari pada pukul 8pagi).

Tetapi jika anda berkemampuan, anda boleh belajar secara lebih bersistematik dan bersilibus melalui konsep pembelajaran secara fully-online di platform e-learning saya.

Ataupun jika anda mahukan pembelajaran bahasa Jepun yang lebih optimum, anda disyorkan untuk belajar secara berguru directly dengan saya. Sudah tentu saya mahukan anda belajar dengan saya sebagai Sensei anda supaya saya boleh ‘menurunkan’ ilmu bahasa Jepun saya kepada anda dengan cara yang lebih pantas dan efektif.

Kesimpulannya, seperti apa yang saya pernah tekankan di artikel yang lain sebelum ini, cara pembelajaran untuk setiap students berbeza mengikut keadaan dan kemampuan masing-masing. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda selagi mana anda masih belajar bahasa Jepun, samaada melalui kaedah berbayar ataupun yang percuma.

Azlan Sensei – Japanese Language Professional

About the author: Azlan Sensei - Bahasa Jepun Professional

I am helping working adults learning Japanese Language even though they might be thinking that it's already too late for them to learn this beautiful language