Betul ke belajar Bahasa Jepun dengan orang Jepun lagi elok?

Kebanyakan mereka di luar sana berfikir bahawa belajar bahasa Jepun direct daripada Sensei Jepun lagi elok. Ini disebabkan Sensei Jepun lagi elok pemahaman bahasa Jepun daripada Sensei orang tempatan.

Dalam bab ini, saya setuju dari satu segi, tetapi perlu diingat juga yang Sensei orang tempatan pun bagus. Di bawah ini saya sertakan beberapa kebaikan jika pelajar pilih Sensei orang tempatan:

  1. Sensei orang tempatan pernah melalui situasi kesusahan yang sama. Harus diingat, Sensei orang tempatan pernah berada di tempat anda sebelum ini. Sensei orang tempatan pernah belajar daripada ‘zero knowledge’ tentang bahasa Jepun. Oleh itu, mereka sangat memahami kesusahan yang dialami oleh student (dari segi tulisan, dari segi pemahaman, dari segi susunan kata ayat dan sebagainya).
  2. Mereka juga berpengalaman menyelesaikan kesusahan tersebut. Ya, mereka pernah mengalami kesusahan yang sama dengan anda, dan pernah menyelesaikan masalah tersebut sehingga mereka boleh menjadi sensei. Dan sensei orang tempatan biasanya akan berkongsi pengalaman dengan anda tentang perkara ini.
  3. Mereka boleh explain kepada student dengan ayat yang mudah. Lebih mudah untuk anda memahami sesuatu perkataan jika ianya diterangkan dengan bahasa tempatan juga. Sama juga dari segi grammar/tatabahasa, ada beberapa grammar yang tidak boleh di’direct’ translate sebab maksud akan berbeza. Jika sensei itu ialah orang tempatan, lebih mudah untuk anda memahami vocabularies dan grammars tersebut. 
  4. Setiap bangsa dan negara mempunyai language culture yang berbeza. Ini kesinambungan daripada point saya ke 3 di atas. Selain daripada gaya bahasa, setiap bahasa mempunyai ‘culture’ yang berbeza juga seperti apa yang patut diucapkan di situasi-situasi tertentu.
  5. Kebolehan untuk membezakan dua bahasa yang berbeza. Sensei tempatan boleh membezakan apa yang boleh ditranslate directly dan apa yang tidak boleh ditranslate directly. Seperti contoh, perkataan ‘ganbatte kudasai’ dan ‘yoroshiku onegaishimasu’ tidak boleh diterjemah secara directly sebab kemungkinan besar maksudnya akan lari jika tiada penerangan secara mendalam daripada sensei anda.

Seperti yang saya selalu katakan, setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza, oleh itu jika anda mahu belajar directly daripada Sensei Jepun pun bagus, jika anda mahu belajar daripada Sensei orang tempatan pun bagus juga. Yang tak bagusnya, tak belajar langsung sebab menggunakan banyak masa untuk memikirkan mana satu yang lebih baik.

Seperti biasa, sila check juga blog saya yang lain di bawah ni;

About the author: Azlan Sensei - Japanese Language Professional

I am helping working adults learning Japanese Language even though they might be thinking that it's already too late for them to learn this beautiful language