Contoh perbualan bahasa Jepun (Siri 1)

Mina-san,

Jom bertutur dalam bahasa Jepun melalui contoh perbualan seperti di bawah ini. Untuk pengetahuan anda semua, saya akan membuat beberapa siri untuk contoh perbualan dalam bahasa Jepun. Untuk contoh kali ini, ia melibatkan perbualan bahasa Jepun di antara dua kawan iaitu A-san dan B-san. Mereka bedua sedang berbual tentang apa yang berlaku pada hari sebelumnya.

Klik di sini untuk ’15 Kelebihan Jika Anda Boleh Berbahasa Jepun’

A : Kinou, B-san wa doko ni iki-mashita ka? (Semalam, B-san pergi ke mana?)

B : Watashi wa gakkou ni iki-mashita. A-san wa kinou nani wo shi-mashita ka? (Saya pergi ke sekolah. A-san buat apa semalam?)

A : Watashi wa nihon-go no benkyou wo shi-mashita. (Saya belajar bahasa Jepun).

B : Doko de nihon-go no benkyou wo shi-mashita ka? (Belajar bahasa Jepun di mana ye?)

A : Watashi wa toshokan de nihon-go no benkyou wo shi-mashita. (Saya belajar bahasa Jepun di perpustakaan)

B : Kon-do, iku toki ni, watashi wo sasotte kudasai ne. (Lain kali, ketika nak pergi, ajak saya juga tau)

A : Hai, ii desu yo (OK, boleh).

B : Arigatou gozaimasu (terima kasih)

A : Douitashimasite (sama-sama)

Klik di sini untuk ‘5 Ucapan Paling Terkenal Dalam Bahasa Jepun’

Contoh di atas adalah perbualan asas bahasa Jepun yang menggunakan perkataan dan tatabahasa yang asas. Seperti yang selalu saya katakan kepada anda semua, jika anda mahu belajar dan memahirkan diri dalam pembelajaran bahasa Jepun, anda perlu memastikan diri anda praktis bahaja Jepun sentiasa. Apa kata jika anda semua mencari kenalan/rakan dan praktis perbualan bahasa Jepun seperti di atas bersama-sama mereka.

Jika anda mahu belajar bahasa Jepun dan praktis secara lebih mendalam, anda disyorkan untuk mengikuti ‘Kelas Bahasa Jepun Tahap Asas’ saya nanti.

Klik di sini untuk ‘Kelas Bahasa Jepun Tahap Asas’

Sekian, terima kasih banyak-banyak kerana mengikuti perkongsian saya untuk kali ini.

Daripada: Azlan Sensei (pengasas kepada CikguBahasaJepun™ dan AzlanSenseiAustralia™)

About the author: Azlan Sensei - Bahasa Jepun Professional

I am helping working adults learning Japanese Language even though they might be thinking that it's already too late for them to learn this beautiful language