cara minta maaf dalam bahasa Jepun

BAHASA JEPUN : 3 CARA UNTUK MEMINTA MAAF

Dalam kehidupan seharian, kita tak pernah lepas dari melakukan kesilapan atau menyebabkan orang lain tidak selesa dengan perbuatan kita. Ketika kita belajar bahasa Jepun, perbuatan meminta maaf ini disebut sebagai “Owabi”.

Apabila kita melakukan kesilapan atau kita merasakan orang lain mungkin telah menjadi tidak selesa atau terganggu, sewajarnya kita meminta maaf atas apa yang telah berlaku. Di sini anda akan belajar beberapa cara untuk meminta maaf dalam bahasa Jepun.

Walaubagaimanapun, di dalam bahasa Jepun, ketika meminta maaf, terdapat pelbagai jenis penggunaan ayat untuk meminta maaf, bergantung kepada situasi. Biasanya, kata maaf yang digunakan adalah “Gomennasai”, “Sumimasen” dan “Moushi wake arimasen”.

Hahh?? Banyak nya perkataan maaf dalam bahasa Jepun. Biar betul 🤔 ? Sebenarnya ada beberapa lagi yang digunakan, tapi saya beri yang biasa di dengar lah ya. Apa bezanya di antara kesemua perkataan ataupun frasa bahasa Jepun ini? Mari kita lihat beberapa contoh kata maaf dan situasi yang lazimnya berkait dengan penggunaan kata maaf tersebut supaya kita dapat memahami perbezaannya dengan lebih baik.

Kata Maaf 1 : “Gomennasai”.

🔹Rina-san, gomennasai. (Rina-san, maafkan saya).

🔹Gomennasai, wasuremashita. (Maaf, saya terlupa).

🔹Gomennasai, nebou wo shimashita. (Maaf, saya tertidur)

🔹Okaasan, gomennasai (Mak, maafkan saya).

Ambil perhatian bahawa “Gomennasai” juga biasanya digunakan ketika ingin bertanya sesuatu, maksudnya di sini adalah seperti ‘excuse me’….

🔹Gomennasai, dare ka ie ni imasu ka? (Maaf, ada sesiapa tak di rumah?)

🔹Gomennasai, kore wa anata no desu ka? (Maaf, adakah ini kepunyaan awak?

🔹Gomennasai, jikan ga arimasu ka? (Maaf, awak ada masa tak?).

Kata Maaf 2 : “Sumimasen”.

🔹Sumimasen, watashi ga warui desu. (Maaf, saya yang bersalah)

🔹Sumimasen, daijoubu desu ka? (Maaf, awak tak apa-apa ke?)

🔹Toraburu wo okoshite, sumimasen deshita. (Saya telah membuat masalah. Maafkan saya).

Sama seperti “Gomennasai”, “Sumimasen” juga biasanya digunakan ketika ingin bertanya sesuatu, seperti….

🔹Sumimasen, kore wa ikura desu ka ? (Maaf, yang ini berapa harganya?)

🔹Sumimasen, ima nan ji desu ka? (Maaf, sekarang pukul berapa?)

🔹Sumimasen, kono basho wa doko desu ka? (Maaf, tempat ini berada di mana?).

Kata Maaf 3 : “Moushi Wake Arimasen”.

🔹Moushi wake arimasen. Oo ame no tame, chikoku wo shimashita. (Maaf. Disebabkan hujan lebat, saya datang lambat).

🔹Konshuu CEO ga shucchou wo shimasu. Ashita no meeting wa raishuu ni henkou wo shimasu. Moushi wake arimasen. (Minggu ini CEO tiada di pejabat . Mesyuarat hari esok ditukar ke minggu depan. Maaf).

🔹Sensei, shukudai wo wasuremashita. Moushi wake arimasen. (Cikgu, saya terlupa kerja rumah. Maafkan saya.).

Namun, ada beberapa bentuk atau kehalusan bahasa yang kita harus beri perhatian apabila menggunakan kata maaf tersebut, iaitu :.

⏺ Di kalangan ahli keluarga atau kawan rapat, perkataan “Gomennasai” biasa digunakan. Lebih santai lagi, hanya menyebut “Gomen ne” atau “Gomen”. .

⏺ “Sumimasen” adalah lebih formal sedikit berbanding “Gomennasai”. Apabila kita meminta maaf kepada orang yang lebih berumur atau berpangkat, lazimnya kita menggunakan “Sumimasen”.

sila klik di sini >>> www.azlansensei-e-learning.com/p/kelas-jepun-online

⏺ Biasanya orang yang lebih berumur cenderung menggunakan “Sumimasen” berbanding warga muda apabila mereka mengungkap kata maaf.

⏺ Apabila bercakap dengan orang atasan atau orang yang tidak mempunyai hubungan rapat dengan kita, gunakan “Sumimasen” dan “Moushi wake arimasen”.

⏺ Ketika urusan rasmi atau meminta maaf atas kesilapan yang tidak dapat diberikan sebarang alasan lagi, gunakan “moushi wake arimasen”.

Jom kita fahamkan lagi penggunaan kata maaf ini berdasarkan beberapa perbualan/situasi seperti di bawah ini :.

Perbualan/Situasi 1 – Di antara rakan sekolah (Mira dan Hana):

Mira : Hana-san, gakkou no ato, toshokan ni ikimashou. (Hana-san, selepas sekolah, jom kita pergi ke perpustakaan!)

Hana: Gomennasai Mira-san, atama ga itai desu. Ikenai desu. (Maaf Mira-san, kepala saya sakit. Saya tak dapat pergi)

Mira : Sou desu ka? Hai, wakarimashita. (Oh ye ke? Baiklah, saya faham).Hana : Gomennasai. (Maaf ye)

Mira : Iie, daijoubu desu yo. (Tak mengapa, saya ok aje).

Perbualan/Situasi 2 – Di antara seorang murid dan guru (Rizal dan Azlan Sensei).

Azlan Sensei : Rizal-san, kimi no shukudai wa? (Rizal-san, kerja rumah awak?)

Rizal : Azlan Sensei, sumimasen. Ie ni wasuremashita (Azlan Sensei, maafkan saya. Saya tertinggal nya di rumah)

Azlan Sensei : Kongetsu wa mou san kai wasuremashita ne? (Bulan ini sudah tiga kali awak terlupa kan?)

Rizal : Sensei, hontou ni sumimasen. (Cikgu, saya benar-benar minta maaf).

Perbualan/Situasi 3 – Di antara penghantar kurier dan penerima kurier (A-san, B-san).

A-san : Gomennasai, dare ka ie ni imasu ka? (Maaf, ada sesiapa tak di rumah?)

B-san : Hai, imasu yo. Sumimasen ne, daidokoro ni imasu. (Ya, ada. Maaf ya, saya di dapur tadi).

A-san : Kochira ni sain wo onegai shimasu. (Tolong tandatangan di sini ya.)

B-san : Sumimasen, pen wo kashite kudasai. (Maaf, tolong pinjamkan saya pen).

A-san: Hai, douzo (Nah, silakan).

B-san: Arigatou gozaimasu. (Terima kasih).

Perbualan 4 – Di antara seorang pekerja (A-san) dan pengurusnya (B-kachou).

Situasinya adalah ketika A-san lambat datang ke tempat kerja dan seterusnya lambat pula menghantar tugasan yang sepatutnya dihantar pada hari tersebut.

A-san: Ohayou gozaimasu B-kachou. (Selamat pagi Pengurus B). Sumimasen, koutsuujiko no tame, chikoku wo shimashita. (Maaf, disebabkan ada kemalangan, saya terlambat)

sila klik di sini >>> www.azlansensei.com/e-book-bahasa-jepun-percuma

B-kachou: Ohayou gozaimasu. Repooto wa? (Selamat pagi. Bagaimana dengan laporan awak?)

A-san: Sumimasen, ima teishutsu shimasu. (Maaf, saya akan hantar nya sekarang).

Jyuppun go (Selepas 10 minit)

B-kachou: A-san, keisan no machigai ga arimashita. Henshuu wo shite kudasai. (A-san, terdapat kesalahan pengiraan. Sila edit)

A-san: Moushi wake arimasen. Kakunin shimasu (Maafkan saya. Saya akan periksa nya).

Jadi, bagaimana? Boleh tak anda bayangkan penggunaan kata maaf ini dalam bahasa Jepun? Tonton sahaja drama atau wayang Jepun, pasti anda dapat melihat mereka selalu meminta maaf dalam kehidupan seharian. Unik kan? kerana penggunaan kata maaf itu berdasarkan nilai-nilai seperti perhubungan di antara yang meminta maaf dan pemberi maaf. Ia punyai hirarki nya yang tersendiri, daripada yang santai, kurang fomal dan formal.

Jika anda mahu belajar bahasa Jepun dengan lebih mendalam lagi, jom join kelas online / e-pembelajaran saya. Ianya dibuat secara recorded video (video yang sudah dirakam), so boleh study anytime dan anywhere (tak perlu set masa ataupun attend kelas bersemuka pun). Dan yang lagi penting, ia disampaikan secara bersistem, bersilibus dan berjadual supaya anda tidak hilang panduan ketika belajar bahasa Jepun nanti. Anda boleh check details tentang kelas (modul, fees, cara daftar, cara payment dan lain-lain) di link bawah ni.

www.azlansensei-e-learning.com/p/kelas-jepun-online

Akhir kata daripada saya, apabila kita melakukan kesilapan, cepat-cepatlah kita meminta maaf dan perbetulkan kesilapan itu. Jika berlaku kesilapan yang walaupun mungkin bukan disebabkan oleh kita, minta maaf dan selidik lah puncanya. Jangan terus menuding jari kepada orang lain pula.

Yoku wa ari-masen yo (Tak baik tau).

Sekian sahaja topik kita untuk kali ini. Diharapkan anda telah belajar sesuatu yang baru hari ini.

Akhir kata, sumimasen ne (maaf ya) , kalau ada salah dan silap. Genki de, mata ne (Ceria selalu, sehingga berjumpa lagi).

www.azlansensei.com

About the author: Azlan Sensei - Bahasa Jepun Professional

I am helping working adults learning Japanese Language even though they might be thinking that it's already too late for them to learn this beautiful language