belajar bahasa Jepun secar online

Mana lebih baik, belajar bahasa Jepun secara online atau dalam kelas ?

Sudah lama saya tidak menulis blog berkenaan bahasa Jepun disebabkan kekangan masa. Tetapi memandangkan ilmu bahasa Jepun ini patut dikongsi bersama, walaupun berhadapan dengan kekangan masa, saya berjaya juga menulis artikel ini. Saya percaya, ramai di antara kita yang terfikir untuk belajar bahasa Jepun, tetapi di atas kekangan masa, masih ramai yang masih belum berpeluang untuk belajar bahasa Jepun ini. Untuk kali ini saya akan berkongsi ilmu tentang topik ‘belajar bahasa Jepun secara online’.

Melalui perkembangan teknologi sekarang, anda sudah boleh belajar bahasa Jepun secara online. Bermakna anda tidak perlu lagi menghadiri kelas fizikal, cukup hanya mengakses internet untuk belajar bahasa Jepun.

Klik di sini untuk ‘5 ucapan bahasa Jepun yang paling terkenal’

Cuma masih ramai yang sangsi dengan kelas secara online ini. Oleh itu, apa kata kita kita meneliti kelebihan-kelebihan belajar bahasa Jepun di kelas dan juga secara online. Saya akan menerangkan 3 kelebihan untuk setiap kaedah pembelajaran tersebut.

BELAJAR BAHASA JEPUN DI DALAM KELAS

1. Jika belajar bahasa Jepun di dalam kelas, anda boleh belajar direct dengan guru (sensei) anda. Tiada sempadan di antara anda dan Sensei, oleh itu anda boleh merasakan ‘aura’ bahasa Jepun daripada Sensei anda.

2. Di dalam kelas, anda boleh membuat praktikal sesama para pelajar. Ini sangat penting kerana praktikal adalah nadi dalam pembelajaran untuk semua jenis bahasa, bukan setakat bahasa Jepun sahaja.

3. Anda akan dapat merasai ‘suasana’ pembelajaran bahasa Jepun di dalam kelas nanti. Ini sudah semestinya kerana rakan-rakan ‘seperjuangan’ anda semuanya adalah para pelajar yang dahagakan ilmu bahasa Jepun. Tidak lupa juga di hadapan anda adalah Sensei yang ingin muncurahkan ilmu bahasa Jepun kepada anda semua.

BELAJAR BAHASA JEPUN SECARA ONLINE

www.azlansensei-e-learning.com/p/kelas-jepun-online

1. Kelebihan utama belajar bahasa Jepun secara online ialah anda boleh belajar di mana-mana sahaja. Tidak kisah samaada anda berada di Kuala Lumpur, Kuala Terengganu ataupun Kota Kinabalu. Asalkan anda mempunyai akses kepada internet, anda tiada alasan lagi untuk menangguhkan pembelajaran bahasa Jepun anda di atas faktor ‘kelas jauh’.

2. Disebabkan anda tidak perlu pergi ke kelas fizikal, bermakna anda boleh menjimatkan kos untuk belajar. Anda tidak perlu berfikir dua tiga kali berkenaan duit minyak kereta@motor, ataupun duit tol jika berkenaan. Seandainya anda menggunakan RM10 untuk ulang alik ke kelas, jika anda menghadiri 10 kelas bermakna anda sudah jimat sebanyak RM100.

3. Faktor ketiga ialah berkenaan masa. Seperti yang telah saya beritahu sebelum ini, anda tidak perlu menghadiri kelas fizikal, bermakna anda juga boleh menjimatkan masa anda untuk berulang alik ke kelas. Contohnya jika masa untuk travel dari rumah ke kelas ialah 15 minit, bermakna anda menggunakan 30 minit untuk berulang alik ke kelas. Dalam erti kata lain, jika anda perlu menghadiri 10 kelas bahasa Jepun, anda boleh menjimatkan masa anda sebanyak 300 minit (5 jam) !

Klik di sini untuk ‘Contoh perbualan bahasa Jepun (Siri 1)’

Berdasarkan faktor-faktor di atas, setiap kaedah pembelajaran mempunyai kebaikan masing-masing. Mungkin belajar di dalam kelas lebih baik untuk sesetengah pelajar, dalam masa yang sama belajar bahasa Jepun secara online pun baik juga untuk sesetengah pelajar yang lain.

Dalam erti kata lain, jika anda tinggal berdekatan dengan kelas, menghadiri kelas adalah yang terbaik untuk anda. Jika rumah anda jauh dari kelas, mengikuti pembelajaran secara online adalah pilihan yang tepat. Yang paling penting, adalah lebih baik untuk anda memulakan pembelajaran bahasa Jepun, daripada tidak memulakannya langsung.

Kesimpulannya, jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara belajar bahasa Jepun di dalam kelas atau pun secara online?… jawapannya ialah ‘bergantung kepada setiap individu, tepuk dada tanya selera’.

Jika anda mahu belajar bahasa Jepun, saya sebagai cikgu bahasa Jepun boleh membantu anda. Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut.

About the author: Azlan Sensei - Bahasa Jepun Professional

I am helping working adults learning Japanese Language even though they might be thinking that it's already too late for them to learn this beautiful language