Penggunaan perkataan ‘kudasai’ dalam bahasa Jepun

Ogenki desuka (apa khabar)? Masih ingat lagi tak dalam entri yang sebelum-sebelum  ini, saya utarakan tentang topik  ‘Yoroshiku Onegai Shimasu’, di mana ia tidak mempunyai maksud yang spesifik, tetapi membawa pengertian mendalam sebagai ‘tolong dan terima kasih’ pada masa yang sama, dan ia juga bergantung kepada situasi. Yoroshiku onegai shimasu juga boleh kita ungkapkan sebagai ‘onegai shimasu’. Kedua-dua nya polite form, tetapi ‘yoroshiku onegai shimasu’ lebih formal hirarki nya berbanding hanya ‘onegai shimasu’.

Baiklah, berbalik kepada bicara kita pada kali ini, saya nak sentuh tentang  ‘kudasai’ pula. Tentu anda selalu mendengar ungkapan ‘kudasai’ ini, bukan? Secara am nya, ‘kudasai’ adalah satu expression, membawa maksud “sila berikan saya” , atau “tolong buatkan/berikan saya”. Ungkapan ‘kudasai’ ini juga bergantung kepada situasi. Dari sudut tatabahasa, partikel ‘wo’ digunakan untuk menyatakan expression ‘kudasai’.

Antara penggunaan ‘kudasai’ dan ‘onegai shimasu’, kedua-duanya boleh digunakan untuk maksud yang sama, iaitu apabila kita meminta sesuatu untuk diberikan kepada kita. Tetapi, kadang-kadang ada juga situasi yang memerlukan kita menggunakan ‘kudasai’ berbanding ‘onegai shimasu’, dan sebaliknya. Ini adalah kerana bergantung kepada situasi, ia akan memberi pengertian yang berbeza.  Alamak, bagaimana pula tu? Nampak mengelirukan pula, kan? Tak mengapa, jom kita lihat penggunaan ungkapan ini berdasarkan situasi-situasi yang berlaku seharian, dan makna yang diberikan/apa yang kita boleh faham dari nya, okay?

Ketika membeli barang

1a) Ringo wo go-ko kudasai.  (sila berikan saya  lima biji epal)

      Ringo wo go-ko onegai shimasu. (sila berikan saya lima biji epal)

1b) Kono kutsu, 25senchi no saizu wo kudasai (sila berikan saya kasut ini, saiz 25cm)

       Kono kutsu, 25senchi no saizu wo onegai shimasu (sila berikan saya kasut ini,saiz 25cm)

1c) Kono kaban, aka-iro wo kudasai (sila berilkan saya beg ini, berwarna merah)

      Kono kaban, akai iro wo onegai shimasu (sila berikan saya beg ini, berwarna merah)

1d) Osaka-yuki no kippu wo san-nin-bun kudasai (sila berikan saya tiket untuk tiga orang ke Osaka

      Osaka-yuki no kippu wo san-nin-bun onegai shimasu (sila berikan saya tiket untuk tiga orand ke Osaka

Di dalam keempat-empat contoh di atas, penggunaan ‘kudasai’ dan ‘onegai shimasu’ membawa maksud yang sama. Perbezaan nya di sini , penggunaan ‘onegai shimasu’ menjadikan permintaan kita itu lebih formal / tanda hormat/tanda terima kasih kepada seseorang.

Cuba bayangkan yang orang yang menjual epal itu adalah seorang makcik yang telah berumur. Jadi, sebagai tanda hormat, kita boleh sahaja gantikan ‘kudasai’ dengan ‘onegai shimasu’.

Orang yang menjual kasut  atau beg itu pula mungkin terpaksa mencari barang yang anda minta di dalam stor. Sebagai tanda terima kasih atas usahanya mencari barang, penggunaan ‘onegai shimasu’ membawa pengertian yang lebih mendalam berbanding ‘kudasai’.

Dan orang yang bekerja menjual tiket itu pula seharusnya mempunyai kebolehan menjalankan tugas nya dengan menggunakan pergerakan jari yang cepat di papan kekunci, seterusnya berurusan dengan wang bayaran pelanggan. Maka, boleh sahaja kita gantikan ‘kudasai’ dengan ‘onegai shimasu’.

Ketika di pejabat

2a) Kono repooto wo san-bu kopii shite-kudasai (sila buat 3 salinan untuk laporan ini).

       Kono repooto wo san-bu kopii onegai shimasu (sila buat 3 salinan untuk laporan ini)

       2b) Kono repooto wo kin-you-bi made ni teishutsu-shite-kudasai (sila hantar laporan ini sebelum hari Jumaat)        

Kono repooto wo kin-you-bi made ni teishutsu-suru-no-wo onegai shimasu (sila hantar           laporan ini sebelum hari Jumaat)

       2c) San-ji ni kaigi ga arimasu. Shusseki wo shite-kudasai. (Pukul tiga ada mesyuarat. Sila hadir).  

San-ji ni kaigi ga arimasu. Shusseki wo onegai shimasu (Pukul tiga ada mesyuarat. Sila hadir).

 Di dalam ketiga-tiga contoh di atas, sama seperti contoh ayat no. 1 sebelum ini, penggunaan ‘kudasai’ dan ‘onegai shimasu’ juga membawa maksud yang sama. Perbezaan nya ialah , penggunaan ‘onegai shimasu’ menjadikan permintaan kita itu lebih formal / tanda hormat/tanda terima kasih kepada seseorang.

Untuk ayat-ayat (a), ‘kudasai’ sesuai digunakan sekiranya kita adalah ketua dan kita memberi arahan/meminta sesuatu pada  staf bawahan.

Untuk ayat-ayat (b) pula, mungkin orang yang kita berikan arahan/minta tolong itu lebih berumur dari kita walaupun dia staf bawahan.  Sebagai tanda hormat, kita boleh sahaja gantikan ‘kudasai’ dengan ‘onegai shimasu’. Dalam situasi sebegini,  faktor budi bicara dan toleransi  perlu diambil kira.

Contoh-contoh situasi yang saya telah berikan di atas ialah penggunaan kedua-dua ‘kudasai’ dan ‘onegai shimasu’ untuk situasi yang sama. Bagaimana pula untuk situasi yang berbeza, yakni samada hanya ‘kudasai’ atau ‘onegai shimasu’ yang boleh digunakan? Mari kita lihat contoh-contoh yang terkecuali pula ya.

Gunakan ‘kudasai’ apabila kita meminta sesuatu kepada orang lain yang melibatkan kata kerja/aksi seperti ‘buat begini/begitu’ (contohnya dalam rancangan masakan) , ‘tunggu’, ‘lihat’, ‘dengar’, ‘pergi’ dan ‘datang’. Untuk situasi begini, penggunaan bentuk ‘te-kudasai’ sebagai kata hubung untuk melengkapkan ayat.

3a) Yasai wo kichinto aratte kudasai (sila bersihkan sayur dengan betul)

3b) Chotto matte kudasai. (sila tunggu sebentar). 

       … kita tak boleh kata ‘chotto matte wo  onegai shimasu’

3c) Touhyou no kekka wo shiritakereba, terebi wo mite kudasai (jika mahu tahu tentang keputusan mengundi, sila tonton televisyen).             

3d) Sensei no hanashi wo kiite kudasai (sila dengar cakap cikgu).

3e) Netsu nara, kurinikku ni itte kudasai (jika demam, pergi lah ke klinik)

3f) Doyoubi ni mata kite kudasai (sila datang lagi hari sabtu )

Gunakan ‘onegai shimasu’ apabila kita meminta sesuatu kepada orang lain yang melibatkan seseorang menggunakan khidmatnya bagi membantu kita.

4a) KLIA made onegai shimasu (ke KLIA / sila hantar saya ke KLIA) …. Ketika meminta pemandu teksi hantarkan kita ke KLIA

4b) Hambaagu ranchi setto wo yottsu onegai shimasu (sila berikan saya empat Hamburger Lunch Set) …. Ketika memesan makanan melalui talian telefon

Okay, sekarang anda boleh  faham tak tentang penggunaan ‘kudasai’ dan perbezaan nya dengan ‘onegai shimasu’ pada masa yang sama? Berdasarkan contoh-contoh ayat  yang saya telah berikan, mungkin anda juga mempunyai contoh ayat berdasarkan situasi yang pernah anda alami. Saya percaya kita banyak menggunakan ungkapan ‘kudasai’ ini dalam mainichi seikatsu (kehidupan seharian) kita.

Jika mahu belajar lagi dengan lebih mendalam dan bersistem, sila layari laman sesawang saya ini , ataupun klik sahaja di link di bawah. Okay! Yoroshiku onegai shimasu ~

sila klik di sini >>> www.azlansensei-e-learning.com/p/kelas-jepun-online

Kesimpulannya, apabila kita ingin meminta sesuatu daripada orang lain, gunalah ungkapan ‘kudasai’. Bergantung kepada situasi, anda boleh menggunakan ‘onegai shimasu’.  Jangan lupa untuk ucapkan ‘arigatou gozaimasu’ (terima kasih) selepas itu.

Sekian sahaja topik kita untuk kali ini. Diharapkan anda telah belajar sesuatu yang baru.

Genki de, mata ne~ (Ceria selalu, sehingga berjumpa lagi~ )

www.azlansensei.com

About the author: AzlanSensei ™

Keadah pembelajaran bahasa Jepun yang dibuat khas untuk pelajar dewasa dengan menggunakan kaedah unik yang dinamakan sebagai ASSIIM (Azlan Sensei Special Indirect & Integrated Method)