Perkataan Bahasa Jepun omoiyari yang sangat mendalam maksudnya

Perkataan Bahasa Jepun ‘omoiyari’ yang sangat mendalam maksudnya

Pernah tak kita terfikir yang selama ini budi dan bicara kita memberi kebaikan dengan orang lain, dan seterusnya juga berakhir dengan kebaikan? Saya bertanya begini kerana saya teringat satu perkataan bahasa Jepun yang dikenali sebagai ‘omoiyari’. Jika ditafsirkan secara direct, omoi bermaksud fikir, dan yari bermaksud buat (daripada kata dasar yari-masu). 

Jadi, perkataan bahasa Jepun ‘omoiyari’ ni bermaksud fikir dan buat ke? Tidak, bukan begitu maksudnya ya. Maksud omoiyari ialah consideration/pertimbangan (bergantung kepada situasi, omoiyari juga membawa maksud simpati/sokongan). Dan dari perspektif saya, omoiyari ini  kalau kita pergi lebih mendalam, pengertiannya akan berada di dalam skop yang lebih meluas. 

Dalam kehidupan seharian nihon-jin (orang Jepun), takusan (banyak) perkara yang mereka buat mempunyai unsur-unsur omoiyari dan konsep omoiyari ini ada sangat banyak dalam kehidupan mereka. Bukan sahaja pada kelakuan diri sendiri yang ada omoiyari, tetapi apa orang lain buat untuk memudahkan urusan kita mahupun urusan orang ramai. Sebenarnya, omoiyari ini sangat perlu ada dalam diri kita sebab ianya adalah perbuatan/perkara baik yang memberi kebaikan. 

Rei toshite (sebagai contoh), ketika orang Jepun memandu dalam keadaan jyuutai (traffic jam) dan dia mahu tukar lane ke kanan ataupun ke kiri. Selepas dia bagi signal dan kuruma (kereta) di sebelahnya memberi jalan untuk dia masuk, dia akan pasangkan lampu hazard selama 3 kali sebagai tanda terima kasih

sila klik di sini >>> www.azlansensei-e-learning.com/p/kelas-jepun-online

Lagi satu contoh, ialah ketika hanabi matsuri (pesta bunga api) pada natsu (musim panas). Selepas habis hanabi matsuri tersebut, mereka tidak terus pulang, tetapi bersama-sama mengemas kawasan mereka dengan mengutip sampah dan membawa pulang sampah masing-masing untuk dibuang di tempat yang sepatutnya. 

Dua situasi di atas ini adalah contoh omoiyari bagi orang awam. Jadi, saya memang tak rasa pelik bila membaca tentang peminat bolasepak Jepun mengutip sampah di stadium selepas perlawanan tamat sebab ianya memang sudah dipraktikkan dalam masyarakat mereka.

Jika difikirkan, banyak omoiyari yang boleh kita serapkan dalam diri dan kehidupan seharian kita. Sambil-sambil kita pelajari beberapa perkataan bahasa Jepun, saya bagi beberapapa rei (contoh) tentang omoiyari seperti di bawah ini :

Di luar pintu rumah, susun selipar atau kasut secara gyaku-houkou (arah terbalik). Ini adalah supaya bila seseorang mahu keluar dari rumah, mereka boleh terus sarung selipar/kasut dan menjalankan aktiviti yang lain. Bukan sahaja di rumah, tetapi di surau, di masjid dan di pejabat pun kita boleh buat seperti ini.

Sediakan gomi-bukuro(plastik sampah) atau tong sampah yang kecil di dalam kenderaan, supaya senang untuk membuang sampah dan kebersihan dalam kenderaan terjaga. Tapi jangan lah baling sampah dari kenderaan pula ya (ini dah terbalik daripada omoiyari pulak).

Di jalanraya, beri laluan kepada kenderaan lain dengan berhemah. Jika orang lain yang beri laluan kepada kita, angkat tangan atau beri highlight sebagai tanda terima kasih. Siapa tahu, bila giliran kita pula hendak keluar simpang, orang lain  pula akan beri laluan pada kita dengan mudah.

Di suupa (supermarket), hantar dan susun kembali troli ke tempat yang sepatutnya. Jangan biarkan troli begitu sahaja di kawasan cyuusyajyo (parking kereta). Jadi, senang lah pekerja melakukan kerja mereka mengatur susun troli, dan orang lain yang menggunakan parkir selepas anda mungkin tidak akan berkata sesuatu yang tak elok di belakang anda apabila melihat troli menghalang kawasan parkir.

sila klik di sini >>> www.azlansensei.com/e-book-percuma-bahasa-jepun

Untuk yang menghantar anak-anak ke pengasuh atau taska, labelkan barangan anak anda supaya memudahkan urusan pengasuh. Anda boleh tulis nama anak anda pada pakaian, pada lampin pakai buang, letak label pada botol susu dan sebagainya. Sangat membantu ketika ada barang yang sesat atau bertukar dengan barang anak orang lain. Kalau di Jepun kan, kita boleh lihat nama pada baju/beg bekal/beg sekolah ditulis begitu sahaja dengan marker oleh ibu bapa mereka.

Bagi yang berniaga, tak salah kalau kita sediakan kudap-kudapan secara percuma untuk pelanggan menikmatinya semasa menunggu perkhidmatan/jualan yang kita sediakan. Mudah-mudahan pelanggan akan suka datang ke tempat kita untuk berurusan di masa akan datang. Semasa berada di dalam pengangkutan awam, elakkan bercakap di Keitai denwa (telefon bimbit) dengan kuat ataupun dalam jangkamasa yang lama.  Ia mungkin memberi ketidakselesaan kepada penumpang yang lain.

Sentiasa peka dengan keadaan ketika makan di restoran. Ketika makan di luar, ramai ryoushin (ibu bapa) yang membiarkan anak kecil mereka bermain dengan gajet seperti tablet tetapi membuka volume dengan agak kuat. Ini juga memberi ketidakselesaan kepada pelanggan lain yang sedang menikmati makanan mereka.

Melalui perspektif saya, pengertian skop omoiyari yang meluas ini adalah berkait rapat dengan taido (sikap), shinsetsu-sa(kebaikan) dan kangae-kata (pemikiran). Ianya adalah sesuatu yang subjektif, tetapi elok untuk kita contohi dan lakukan.

Kesimpulannya, amalkanlah ‘omoiyari’ iaitu sikap memudahkan urusan orang lain, mudah-mudahan urusan kita juga dipermudahkan. Jadilah seorang yang sentiasa berbudi dan berbicara dengan baik, agar apa yang kita buat itu sentiasa berakhir dengan kebaikan. Tak susah pun, yang penting semuanya datang dari kemahuan dan hati yang ikhlas. 

Saya percaya jika ramai yang mengamalkan omoiyari dalam mainichi no seikatsu (kehidupan seharian), kita boleh memahami antara satu sama lain dengan lebih baik, seterusnya mampu mengangkat mentaliti masyarakat kita dengan lebih tinggi, dan membina masyarakat yang disegani dan berjaya dalam banyak aspek.

Sekian sahaja topik kita untuk kali ini. Diharapkan anda telah belajar banyak perkataan bahasa Jepun yang berkaitan dengan sikap dan mentaliti orang Jepun.

Jika anda mahu belajar dengan lebih mendalam, lebih bersilibus, lebih bersistem dan lebih berjadual berkenaan perkataan bahasa Jepun, sila join kelas online saya melalui website ini.

Bertemu kembali kita di perkongsian ilmu bahasa Jepun yang akan datang.

About the author: AzlanSensei ™

Keadah pembelajaran bahasa Jepun yang dibuat khas untuk pelajar dewasa dengan menggunakan kaedah unik yang dinamakan sebagai ASSIIM (Azlan Sensei Special Indirect & Integrated Method)