Perlukah menghafal tulisan Jepun terlebih dahulu?

Ramai yang berpendapat kita memang perlu belajar cara menulis dan menghafal tulisan jepun terlebih dahulu. Mereka menyatakan bahawa jika tidak hafal tulisan Jepun, maka teramat susah untuk  memahirkan bahasa Jepun ni.

Tetapi, pendapat saya sedikit berbeza disebabkan 5 faktor seperti yang tertulis bawah ini;

1. Betul, kata-kata di atas (perlu menghafal tulisan Jepun terlebih dahulu) ada benarnya untuk sesetengah inidividu. 

2. Jika anda full time student, saya setuju supaya anda belajar tulisan jepun terlebih dahulu, disebabkan anda mempunyai banyak masa untuk menghafal dan mudah untuk fokus kepada aktiviti tersebut.

3. Jika anda seorang yang bekerja, saya lebih prefer anda fokus kepada perbualan bahasa Jepun terlebih dahulu menggunakan alphabet, supaya anda lebih bersemangat utk meneruskan pembelajaran bahasa Jepun walaupun dibebani dengan komitmen kerja.

4. Kekadang untuk perbualan ditempat kerja, memahami beberapa conversation ataupun phrases sahaja sudah cukup untuk menaikkan momentum dan semangat anda. Setelah mendapat momentum tersebut, anda bolehlah memulakan aktiviti menghafal tulisan Jepun sedikit demi sedikit

5. Disebabkan anda seorang yang bekerja, motif pembelajaran anda lebih menjurus kepada mengaplikasikan pengetahuan bahasa Jepun di real life, bukannya exam-oriented. Real-life sebenar lebih menjurus kepada conversation, walaupun tidak dinafikan tulisan Jepun pun ada digunakan juga sedikit sebanyak.

Kaedah mengajar saya lebih menjurus kepada conversation untuk para dewasa yang sedang bekerja di sektor awam mahupun swasta. Saya menamakan kaedah ini sebagai ‘ASSIM’ iaitu ‘Azlan Sensei Special Indirect Method’. Indirect di sini merujuk kepada penggunakan alphabet, bukannya tulisan Jepun.

Saya juga ada membuka kelas bahasa Jepun secara online time by time, sila check details di www.azlansensei-e-learning.com untuk maklumat lanjut tentang kelas.

Jangan lupa untuk check blog saya yang lain di bawah ini juga;

About the author: Azlan Sensei - Japanese Language Professional

I am helping working adults learning Japanese Language even though they might be thinking that it's already too late for them to learn this beautiful language